Semua topikAdab Minum
Semua topik

Adab Minum

Cara minum mengikut sunnah: tangan kanan, tiga teguk dan tidak bernafas dalam bekas.

7 point, 1 bahagian
Gambar untuk topik Adab Minum

Cara minum

  1. Minum dengan tangan kanan.

    Apabila seseorang kamu minum, minumlah dengan tangan kanannya.

  2. Minum 3 teguk. Mula-mula sedikit, kedua sedikit, ketiga boleh banyak.

    Hadis menyebut bernafas tiga kali di luar bekas. Cara teguk 'sedikit, sedikit, boleh banyak' ialah pesanan guru.

    Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum dan bersabda bahawa ia lebih menghilangkan dahaga, lebih sihat dan lebih selesa.

    HR Muslim 2028Sahih(buka dalam tab baharu)
    Pesanan guru

    Diambil secara talaqqi daripada guru. Bukan petikan hadis atau ayat, jadi tiada nombor rujukan.

    Pesanan guru (diambil secara talaqqi daripada guru)
  3. Jangan bernafas dalam cawan.

    Apabila kamu minum, jangan bernafas dalam bekas.

  4. Jangan meniup minuman.

  5. Minum sambil duduk.

    Rasulullah SAW melarang seseorang minum sambil berdiri.

  6. Dahulukan orang di sebelah kanan.

    Susu diberikan kepada Nabi SAW, baginda minum kemudian memberi kepada Arab Badwi di kanannya, dan bersabda: Yang kanan dahulu.

  7. Pegang cawan dengan tangan kanan, jari kelingking di bawah cawan atau gelas.

    Kelebihan: elak dari terkena santau (pesanan guru).

    Pesanan guru

    Diambil secara talaqqi daripada guru. Bukan petikan hadis atau ayat, jadi tiada nombor rujukan.

    Pesanan guru (diambil secara talaqqi daripada guru)